post
aku kali ini ingin menceritakan hidup sesorang remaja yang sangat
kehilangan arah tujuan dalam hidupnya . hidupnya penuh dengan kegelapan .
bagi nya hanya kepuasan dan kenikmatan dunia yang ingin dicari .
semester
pendek ini cukup bermakna bagi dia . segalanya berlaku dengan sekelip
mata . hidup yang dia rasakan sangat bebas . bebas seperti burung yang
dapat terbang berkeliaran . tidak lagi terperangkap dalam sangkar .
begitulah yang boleh aku ibaratkan . kemana saja yang hendak dia pergi ,
tiada siapa yang hiraukan . tiada siapa yang pedulikan . selagi kaki
mampu berjalan selagi itulah setiap langkah akan diaturkan . kesana dan
kesini tanpa menghiraukan laungan Azan yang berkumandang . dia terus
hanyut . dia tidak pedulikan lagi halal dan haram . dia langgar semuanya
. apa yang terlintas di fikirannya , terus dilakukan . tanpa berfikir
panjang . tanpa menanya hati . kerana hatinya telah gelap . gelap dek
kajahilan . kejahilan yang dia lakukan . dia tidak mampu lagi untuk jaga
dirinya sendiri . dia tidak dapat menahan lagi perlakuannya . baginya
hanya kepuasan yang ingin dia rasakan . walaupun kepuasan itu hanya
sementara . terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan . walaupun
terkadang dia terfikir , ada rahmatnya dengan apa yang menimpa dirinya
tetapi dia masih tidak pernah serik walaupun Tuhan pernah menduganya .
kenapa susah sangat untuk dia bersihkan hatinya ini ? sayangnya , hanya
sejenak sahaja persoalan itu terlintas difikirannya . dia tidak berusaha
untuk mencari jawapan akan persoalan yang singgah difikirannya itu .
mungkin dia tidak sedar bahawa Tuhan masih sayangkan dia . masih
memberikan waktu untuk dia sedar dari lamunan .
hari
ini bermula cuti semester . Alhamdullillah , perjalananya untuk pulang
ke kampung halaman begitu baik . tiada aral yang melintang . sebaik saja
melangkah kaki ke dalam rumah , dia disambut baik oleh ibunya . dia
sangat bersyukur kerana masih dapat melihat ibunya lagi . sekarang
hidupnya tidak lagi bebas . ibunya selalu mengingatkannya supaya solat .
setiap masa . tidak pernah lekang di mulut . terkadang dia sangat rimas
dengan teguran ibunya . sehingga suatu hari , dia tersedar . dia sangat
beruntung dan bertuah kerana dia mempunyai ibu yang selalu menegurnya
tentang solat . dengan berkat doa ibunya , leteran ibunya , hati nya
kini sudah terbuka untuk mendirikan solat .

No comments:
Post a Comment