"Mimpi ni sebenarnya bukan mainan tidur! Kadang-kadang mimpi ni adalah satu mesej yang nak disampaikan kepada kita" - Sir Adlan Bakri, Blok 7A5, Modul Finishing School
Terus aku tersenyap dan berfikir. Kawan-kawan aku yang lain semuanya
sibuk bertanya tentang mimpi dan tak tahu kenapa aku ada keberanian nak
bercerita tentang mimpi aku. Jujur aku cakap, meremang bulu roma aku
bila Sir Adlan cakap macam tue
Dan sebaik sahaja aku habis bercerita tentang mimpi aku, dengan spontannya Sir Adlan cakap "Dia akan datang nanti"
Terus aku senyap dan tiba-tiba aku rasa sebak sangat. Dalam sibuk dan
rancak kawan-kawan aku bertanya tentang mimpi masing-masing kepada Sir,
aku dapat rasa pemandangan aku jadi makin kabur sebab mata aku dipenuhi
dengan airmata.
Ya Allah, awak. Kat mana awak sekarang nie?
4 tahun yang lepas...
ada satu malam tu, aku just tidur macam biasa. Cuma malam tu tak macam
malam yang lain sebab aku mimpi kan seseorang. Mimpi yang memberi kesan
yang mendalam dalam diri aku sendiri, mungkin sampai ke hari nie.
Barangkali...
Dalam mimpi aku tue, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Aku tak tahu
langsung nama dia, asal dia ; semuanya pasal dia, aku memang tak tahu
menahu langsung. Even kalau orang suruh aku describe kan muka dia pun,
aku tak boleh nak bayangkan sebab aku memang tak kenal dia.
Tapi dalam mimpi tue, aku dengan dia macam baru berkenalan. Kami mulakan
perhubungan kami dengan sebagai kawan dahulu. Dan aku dapat rasa yang
aku dengan dia ada chemistry. Oh ya ~dalam mimpi tu kan, aku tak tahu
pun apa yang aku dengan dia borakkan. Just ibarat aku sedang tengok satu
wayang gambar dalam mimpi aku tue
Dan aku terjaga dari tidur tiba-tiba. Aku fikirkan mainan tidur lalu aku endahkan mimpi tue..
Malam kedua..
Aku mimpi dia lagi. Eh kenapa yer aku mimpikan dia? Takpelah ~ Kali ini
aku mimpi dia, aku dan juga ya ~ family dia. Dalam mimpi tu, digambarkan
aku dikelilingi dengan keluarga dia dan dia juga. Masa tu dekat rumah
dia. Masa tu aku dapat rasa macam meriah sangat rumah dia tu sebab nak
menyambut kehadiran aku
Dalam mimpi tu jugak, aku sempat berborak dengan ayah dia je. Tapi tak
tahu lah benda apa yag diborakkan cuma dari apa yang aku tengok dalam
mimpi tue, aku dapat rasa yang ayah dia memang boleh masuk kepala dengan
aku. Punyalah aku dengan dia borak lama sangat sampaikan dia datang
kepada aku dan ajak aku pergi dahulu
Dan aku terjaga lagi dari tidur
Malam ketiga dan mungkin yang terakhir...
jujur aku terkejut sebab aku mimpi orang yang sama 3 malam
berturut-turut. Tak tahu kenapa tapi kali ini aku dapat rasa mimpi aku
ni bukan macam mimpi yang dua malam sebelumnya
Mimpi untuk malam ketiga ini, ibarat macam aku dengan dia sudah ke arah
satu perhubungan yang halal. Semua kawan-kawan dan keluarga kami sudah
tahu tentang hubungan kami dan alhamdulillah, semuanya merestui hubungan
aku dengan dia
Mimpi tu diteruskan lagi dengan satu majlis yang sangat-sangat meriah.
Tapi kemeriahan majlis tu terganggu bila ada orang yang ketiga datang
buat onar dalam majlis tue. Macam semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Semuanya di sebabkan orang ketiga tu yang sebenarnya tak suka tengok aku
dengan dia bersama
Dan sejak dari peristiwa tue, hubungan aku dengan dia ada banyak sangat
dugaan dan cabaran. Aku dengan dia sama-sama hadapi semua dugaan tu dan
semuanya kami berjaya lalui. Masa tu aku memang stick together lah
dengan dia. Tak ada langsung niat nak putuskan hubungan dengan dia
Tapi pada satu hari, akibat perbuatan orang ketiga tue, masalah jadi
lagi teruk dan semuanya macam tak boleh nak dibaiki lagi. Teruk
sangat-sangat sampaikan hubungan aku dengan kawan-kawan aku terjejas
sekali. Aku terpaksa jelaskan balik semuanya kepada satu persatu
kawan-kawan aku. Bukan aku sahaja, dia pun sama
Dan aku masih ingat lagi sampai ke hari nie. Dia berjalan pergi dari aku
dan aku sempat kejar dia dan tarik tangan dia untuk menghadap dengan
aku. Aku masih ingat lagi muka dia yang keruh dan juga ya ~ mata dia
yang penuh dengan air mata. Dia menangis. Dan terus aku merayu dia
jangan pergi
Katanya, demi kebaikkan semua orang, lebih baik dia pergi dulu. Katanya,
dia tak mahu melihat aku menangis dan kawan-kawan aku mula
menekan-nekan aku kerana perbuatan orang ketiga tue. Katanya, dia rela
untuk berundur diri asalkan bibir aku mengukir senyuman lagi. Katanya,
dia tak sanggup melihat aku begini lagi
Dan semua itu dikatakan kepada aku dengan linangan air mata. Dan dia
hanya tunduk sahaja, tidak langsung memandang ke mata aku. Aku merayu
kepada dia supaya jangan pergi. Aku yakinkan dia yang ini semua hanya
perbuatan orang ketiga yang hanya nak kami berpisah
Lalu dia cakap, dia bukan tak sanggup nak menghadapi semua tue. Cuma dia
rasa dia belum bersedia lagi. Katanya, dia akan datang untuk mencari
aku pada satu masa nanti. Lalu dia hanya mengusap kepala aku dan cakap "Jaga diri awak baik-baik" sambil memaksa bibir dia untuk mengukir senyuman dan dia terus berjalan pergi dari aku.
Aku pulak masa tu terus terjatuh sebab tak mampu berdiri. Aku rasa kaki
aku tak mampu nak menampung badan aku. Apa yang aku boleh buat masa tu
adalah hanya melihat dia pergi jauh jauhhh jauhhhh dari aku. Mulut aku
tak berhenti-henti panggil nama dia yang sampai sekarang aku sendiri tak
tahu apa nama dia
Dan aku terus terjaga dari tidur. Terus aku sebut "awakk..." dan tak disangka, aku menangis teruk sangat lepas aku terjaga dari tidur tue
Aku tak tahu kenapa dan sampai sekarang aku sendiri tak dapat nak jawab
pertanyaan aku tue. Aku menangis memang teruk sangat-sangat. Aku dapat
rasa macam yang dia memang dah betul-betul pergi tinggalkan aku. Macam
dia betul-betul sebenarnya ada dalam hidup aku cuma aku tak tahu siapa
Malam esoknya, aku tunggu dia, dia tak datang. Malam tulat, dia tak
datang. Malam minggu depan, bulan depan, tahun depan dan sampai sekarang
dia tak datang pun dalam mimpi aku. Sampaikan kadang-kadang aku lupa
pasal dia
Tapi tak tahu kenapa, pada 1st Ramadhan baru-baru ini, aku teringat
dekat dia dan bila teringat pasal dia, mesti aku rasa sedih dan akan
menangis. Aku rasa macam dia dah tak ada dengan aku. Aku tunggu dia,
seriously, aku memang tunggu dia
Dulu dulu, sebelum aku tidur mesti aku berdoa agar atleast dia datang
dalam mimpi aku sebab aku sayang dia sangat-sangat. Memang aku bodoh
sebab aku tak tahu siapa dia, nama dia, dia asal mana tapi takpelah ~
sebab aku yakin mesti Allah swt ada perancagan yang lebih baik untuk aku
Even dah bertahun-tahun aku tunggu dia untuk datang dalam mimpi atau
dalam realiti aku sendiri, aku tak pernah lupakan dia. Kalau ceritakan
pasal dia dekat kawan-kawan aku, mesti aku akan menangis. Aku akan
menangis bila teringat dekat dia sebab aku rasa sedih dia terpaksa pergi
Walaupun dia hanya dalam mimpi aku, aku tetap rasakan yang dia ada
sebenarnya dalam dunia ni cuma aku tak tahu siapa dia, kat mana dia.
Mungkin dia ada jauh dari aku, mungkin dia ada dekat-dekat dengan aku.
Entahlah ~ aku tak tahu semua tue.
Cuma apa yang aku harapkan, mimpi aku tu bukan mainan tidur. Biarlah dia
betulbetul datang pada aku satu masa nanti. Aku akan tunggu dia. Aku
akan pegang nasihat dia untuk jaga diri aku baik-baik. Aku akan sentiasa
berdoa untuk dia agar dia datang untuk mencari aku. Aku akan ingat dia
selalu
Memang pedih sebab macam orang bodoh je bila bercinta dengan orang dalam
mimpi kita sendiri. Lantak lah ~ aku tak kisah pun. Sebab aku yakin
sangat dalam hati aku yang dia memang untuk aku. Aku akan tunggu dia.
Aku akan tunggu dia
"Dia akan datang nanti" - ayat ni masih tengiang-ngiang di
telinga aku sampai ke hari nie. Aku akan pegang ayat nie. Kalau dia
memang betul untuk aku, aku akan tunggu dia. Aku akan siapkan diri aku
untuk dia dan aku pun berharap dia pun akan buat yang sama.
Sakitnya ya allah sebab aku menunggu dia dah bertahun-tahun dah. Aku
memang tunggu dia untuk datang pada aku. Satu hari nanti, kalau
betul-betul dia datang, biarlah Allah swt gerakkan dan bukakkan hati aku
untuk menerima dia. Penantian ni sungguh menyeksakan aku
Biarlah dia hanya datang dalam mimpi aku. Takpelah, asalkan satu hari
nanti dia akan betul-betul datang kepada aku, datang dalam realiti
kehidupan aku. Sebab jauh dalam sudut hati aku, aku betul-betul nantikan
dia.
Sudah bertahun-tahun aku nantikan dia. Jika dia bukan untuk aku, kenapa
sampai sekarang aku masih teringatkan dia dan ternanti-nantikan dia?
Apatah lagi sejak kebelakangan ini, aku selalu teringat dekat dia setiap
malam.
Ya Allah, aku yakin pada perancanganMu Ya Allah. Jika Kau makbulkan
doaku sekarang, itu bererti Kau sayang kepadaku. Jika Kau tidak
makbulkan doaku, mungkin Kau sedang mengujiku dengan kesabaran. Jika
Kau tak makbulkan doaku, mungkin Kau ada perancangan yang lebih baik
untukku.



No comments:
Post a Comment